Brother kamarudin abdullah, berasal drpd keluarga roman catholic, presiden persatuan ipsi, sebuah persatuan yang menjalankan dakwah islamiah di pulau pinang. Kagum dengan dirinya yang pada usia belasan tahun, sudah pandai mencari hidayah dan petunjuk buat dirinya sendiri hingga membawa dia memeluk Islam sewaktu usia remaja walaupun dihina, dipukul dan dipulau oleh keluarga dan keluarganya.
Dengan ajakan kawan semaktab dahulu, sakinah, saya dan 6 orang rakan serumah mengambil peluang mendengar ceramah yang diadakan di surau di hadapan kawasan perumahan kami.Alhamdulillah berada di bumi pulau mutiara ini serba sedikit menggesa saya membangkitkan erti keagamaan dan kesederhanaan di dalam diri yang telah saya tinggalkan sejak meninggalkan maktab langkawi.
Dahulu dipaksa solat berjemaah tapi kini bangun subuh tergalas pada bahu sendiri untuk bangun sendiri padahal dahulu di maktab, roommate lah yang asyik kejutkan berkali kali untuk solat di surau. Bila suasana itu hilang, baru rasa kehilangan.
Berada dalam majlis ilmu ini mengajar saya tentang kebesaran Allah yang sering diambil sebelah mata oleh kebanyakan orang termasuk saya sendiri. Pendedahan demi pendedahan membuka mata saya bahawa indahnya perasaan apabila kita dapat menghubungkan dunia sains melalui pengetahuan dan juga pemerhatian kita dengan ayat-ayat al-Quran.
Siapa tahu ada burung yang boleh terbang tanpa henti selama 9 hari 9 malam (godwit) dengan menidurkan sebelah otaknya berselang seli setiap malam? Siapa tahu burung sekecil 2cm boleh terbang selama 26 jam tanpa henti untuk tiba di bumi usa? Kuasa Allah telah menunjukkan segala-galanya. Namun tiada satu pon kapal terbang ciptaan manusia yang mampu terbang selama 26 jam tanpa henti. ALLAHUAKBAR
Berapakah jumlah sel yang terdapat dalam otak manusia? 3 trilion. Namun secanggih-canggih komputer yang direka manusia, tiada satu pun komputer paling canggih yang mampu menandingi satu sel dari otak manusia. SUBHANALLAH. Namun kita setiap hari masih mengeluh dengan kehidupan sendiri walaupun telah dikurniakan nikmat sebesar ini.
Sebesar manakah kita di antara segala ciptaan Allah? Bumi pun sudah tidak tertanding dengan saiz sebesar matahari malahan terdapat berjuta-juta bintang yang lebih besar daripada matahari. Jika dijumlahkan pasir di padang pasir dan di tepi pantai, lebih banyak lagi bintang -bintang ciptaan Allah di cakerawala. Jika kita, kita? Lenyap terus. Jadi masih sanggupkah kita dengan bongkaknya menidakkan segala suruhan dan ketetapan Allah?
Ya Allah, tidak kau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Jauhilah aku dari api neraka.
Orang beriman itu akan bergetar hatinya apabila mendengar nama Allah dan akan bertambah kuat imannya apabila mendengar ayat-ayat Nya. Bagaimana mahu merasa getarannya? Lihat dan perhatikanlah sekeliling kita. Rasai kebesaran Nya.
Allah menurunkan al-Quran bukan sahaja untuk menjadi petunjuk tetapi juga untuk manusia berfikir. See it. Feel it. Wallahua'lam