saya tak tahu. saya bingung. Malam ni saya tak boleh tidur. Saya risau apa yang kawan saya fikirkan sekarang. Saya tak mahu tambahkan lagi kekusutan fikiran kawan saya. Dan saya takut kalau kawan saya tak senang nak beritahu saya tentang apa yang kawan saya rasa. saya bingung. Dari dulu saya memang tak sedar kalau saya ada sakitkan perasaan kawan-kawan saya. Saya takut kehilangan kawan-kawan saya kalau saya ada terlepas pandang tentang apa-apa yang saya dah buat dekat kawan-kawan saya. Instinct saya kuat mengatakan saya adalah salah satu punca kawan saya berjauh hati. Sebelum ni saya dapat rasakan ada kesilapan yang saya dah lakukan bawah sedar yang dah menyinggung perasaan kawan saya. Tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan ayat untuk tanyakan perkara tu. Sebab saya tak ada keberanian untuk memahami isi hati kawan saya. Saya tahu, walau macam mana pun saya cuba rapat dengan kawan saya, saya tak boleh gantikan tempat kawan-kawan karib kawan saya dalam hati kawan saya. Saya cuba na...